About the author : Payee Solutions

Upacara akad nikah merupakan sesuatu yang sangat istimewa yang lazimnya berlaku sekali seumur hidup. Tetapi bagaimana pula jadinya jika upacara akad nikah itu bertukar menjadi gurauan gara-gara si pengantin lelaki kena prank.

Seperti kisah yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @indradewi2242 ini. Video yang tular itu memaparkan seorang pengantin lelaki kena prank selepas dia diijab kabul kan.

“Sebelum orang yang prank kena, mari kita prank pengantin lelaki terlebih dahulu. Calon isteri berjanggut dan berkumis,” tulis @indradewi2242.

Ketika berada di sebelah pengantin lelaki, individu yang mengenakan gaun pengantin tersebut sentiasa menunduk. Pengantin lelaki tersebut tampak berasa sedikit curiga, kerana individu yang diingatkan sebagai calon isterinya itu tidak memandangnya.

Dan ketika ijab kabul selesai, betapa terkejutnya pengantin lelaki apabila mendapati bahawa individu berpakaian seperti pengantin perempuan yang duduk di sebelahnya menanggalkan topengnya.

Suasana majlis tersebut terus bertukar menjadi riuh dengan gelak tawa tetamu majlis perkahwinan tersebut kerana individu itu bukan pengantin perempuan yang sebenarnya, tetapi adalah seorang lelaki yang berjanggut dan berkumis.

Video yang melucukan itu lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 450 ribu kali.

@indradewi2242

#prank #komeng #komengfc #keluargakomedi #fyp #fypシ #fypdonngggggggg #fypシ゚viral #tiktok #fypthis #keluarga #viral #nikahan #gelo #gila #treanding

♬ original sound – Indradewi – Indradewi

Sumber: wolipop


Source link

About the author : Payee Solutions

Leave A Comment