About the author : Payee Solutions

Tatkala kita sibuk menguruskan hal rumah pada musim pandemik ini, sebagai jiran yang bertanggungjawab sentiasalah pantau keadaan jiran terdekat disekeliling rumah. Bukan apa, risau ada sesuatu kecemasan yang berlaku.

Ada satu kejadian di sebuah pangsapuri di mana, ada berlaku kebakaran di rumah tersebut dan ada suara anak kecil meminta pertolongan. Mujur, ada jira yang sangat prihatin dengan keadaan sekeliling terus memberi bantuan.

Menerusi rakaman video yang dimuatnaik di laman Tiktok menunjukkan seorang wanita dalam keadaan cemas dan suara mengeletar apabila melihat tong gas di dalam rumah tersebut sudah terbakar.

Siapa yang tak cemaskan kalau ternampak tong gas sudah terbakar, jika terlambat ia akan memberi kesan yang mendalam dan pengalaman ngeri kepada penduduk di situ.

@afiqah_apandi

nk gugur jantung bila nampak tong gas tu dh terbakar .. Alhamdulillah tak ada sesiapa yg cedera #fyp#fypシ#fypage#MYfoodie

♬ Intense Music(850540) – Pavel

Namun, dengan tindakan pantas salah seorang penduduk di situ menyelamatkan keadaan dengan menutup tong gas tersebut menggunakan kain yang basah.

@afiqah_apandi

Balas kepada @queenorainie_30 #fyp#fypシ#fypage#fypシ゚viral#MYfoodie

♬ Suspense – Dreamtime

Rata-rata orang ramai yang menonton video ini kagum dengan tindakan pantas yang dilakukan oleh penduduk di perumahan tersebut.

“Nasib baik jiran-jiran membantu”

“Bijak you all, guna kain basah”

“Ramai bantu dan selamat semuanya”

“Betul lah tu ambik kain dan basahkan pihak bomba pun ada buat tutorial”

“Panic tengok video ni”

 

 

Sumber: Afiqah Apandi


Source link

About the author : Payee Solutions

Leave A Comment