About the author : Payee Solutions

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tugas sebagai seorang jururawat atau turut digelar misi ini bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula menjadi jururawat labour room yang bertanggungjawab dalam urusan ibu bersalin. Bayangkan bertapa sibuknya mereka menguruskan ibu bersalin serta bayi yang dilahirkan.

Setiap perkara harus dilakukan dengan teliti. Para misi labour room juga perlu memeriksa maklumat ibu dan bayi berulang kali untuk memastikan maklumat tersebut betul. Tersalah sikit pun akan menyebabkan masalah besar kemudian hari.

Mengulas skop pekerjaan misi labour room yang bukan sedikit, salah seorang jururawat yang bertugas di unit ini tampil berkongsi pengalaman di laman Facebook.

Ikuti perkongsian Nurul Syazwani Razali di bawah ini.

Check berulang kali

Viral betul isu tertukar baby vs tag baby hari ni. Itu juga salah satu skop kerja harian aku di labour room HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah).

Lepas ibu bersalin kita sendiri tunjuk kat ibu jantina baby then suruh ibu sendiri sebut ya dapat baby apa (jantina).

“Puan dapat anak apa?”

Letih lepas beranak pun saya akan pastikan ibu sebut sendiri, girl or boy.

Baby keluar je siap-siap buat tag, tunjuk lagi kat ibu.

“Puan, tengok ejaan nama puan betul tak, tengok nombor pendaftaran puan sama dengan tag baby ni?

“Tag baby ni kita pasang kat kaki baby ye puan.

“Nombor pendaftaran tu MESTI sama dengan nombor kat tangan puan.”

JELAS DAN NYATA.

Lepas check semula dengan ibu, kita akan counter check pulak dengan staf yang conduct (tangani) baby tu. Ulang pulak lagi sekali dengan ibu,

“Puan nama apa ya?

“Dapat baby apa?

“Baca nombor kat tangan puan mesti sama ya dengan tag baby.”

Begitulah rutin skop kerja aku kat labour room. Sebab kita lah frontliner, orang pertama yang sambut kelahiran baby.

“Ulang sampai lebam”

Tak habis lagi ya puan-puan, lepas beranak kita ambil pulak baby nak cuci bersih-bersih cucuk Hepatitis B (vaksin) dan vitamin K.

Settle bab cucuk-cucuk baby, pass pulak baby kat ibu, tanya lagi ibu soalan sama ya. Ulang-ulang sampai lebam.

Ni baru kat labour room je berapa kali ulang yang sama, jangan la you all jawab dah la tadi kan dah tanya!

Kadang aku menyirap kalau ibu jawab macam tu, ya tahu penat sakit beranak tapi kalau jadi kes tertukar macam ni, you all nak salahkan siapa? Nurses jugak.

Settle semua jahit, nak hantar balik wad, nak pass over pulak kat staf wad, first mereka akan check TAG BABY ya kawan-kawan. Tanya lagi mak soalan sama.

Haa nampak tak, kita punya protect you all tak tertukar baby tu macam mana.

Sekian bebelan as a misi yang bekerja di labour room.

Ya Allah minta dijauhkan benda tak diingini, apa la nasib nurse tu ya? Kalau kena buang kerja, kesiannya. Yela bukan sengaja kan tapi kesalahan ni berat.

Moga kami semua dilindungi dari benda bukan-bukan, amiin ya Allah.

Sumber: Facebook Nurul Syazwani Razali


Source link

About the author : Payee Solutions

Leave A Comment