About the author : Payee Solutions

Kelibat burung helang sentiasa menjadi perhatian ramai kerana fizikalnya yang gagah dan begitu agresif ketika menyerang mangsa. Namun begitu, tahukah anda mengenai kewujudkan Helang Harpy yang dikatakan helang terbesar di dunia.

Apa yang menarik mengenai helang ini, ianya dikatakan mempunyai cakar yang lebih besar daripada cakar beruang. Burung pemangsa yang gagah ini boleh mencapai ketinggian sehingga 3 kaki lima inci dengan lebar sayapnya secara keseluruhan hingga 7 kaki.

Saiz luar biasa yang dimiliknya menjadikan ia haiwan yang unik dan cukup terkenal di dalam internet.

🔥 the Harpy Eagle from NatureIsFuckingLit

Cakar lebih besar dari beruang grizzly

Seperti yang dinyatakan di atas, helang terbesar di dunia ini mempunyai cakar yang sangat besar, iaitu lebih lebih dari beruang grizzly. Dengan panjang sekitar 5 inci, tiada lagi helang lain yang mempunyai cakar yang begitu besar seperti Helang Harpy. Dengan senjata itu, tidak hairanlah sekiranya ia dapat menyerang mangsa dengan mudah.

Kredit: M15F1T via imgur

Makanan Helang Harpy

Menurut My Modernmet, helang pemangsa ini mempunyai makanan kegemaran iaitu Sloth dan juga monyet. Pemburu senyap ini juga tidak banyak mengeluarkan bunyi, dan hanya akan duduk diam berjam-jam serta menunggu ‘makanannya’  berjalan berdekatannya.

Helang Harpy juga dikatakan mampu untuk terbang sehingga 50 batu sejam dan bukan menjadi masalah baginya untuk turun ke darat bagi mengambil makanan dengan begitu cepat.

Gambar: Worlds Wild Life Wonders

Menarik untuk diambil tahu, walaupun helang ini mempunyai lebar sayap, namun sebenarnya sayapnya lebih pendek berbanding beberapa helang yang lain. Perkara ini mungkin disebabkan habitatnya yang tinggal di hutan hujan tropika dari Mexico hingga Brazil dan utara Argentina.

Namun, ianya memberikan kelebihan kepada mereka kerana sayap yang lebih pendek dapat membantu menvagasi dengan lebih baik melalui hutan, berbanding spesis helang lain yang terbang di kawasan terbuka dan luas.

Walau bagaimanapun, ianya masih tetap dianggap sebagai helang yang terbesar terdapat di dalam dunia ini.

Gambar via Chepe Nicoli
Kredit: Thorsten Spoerlein

Sumber: My Modern Net

 


Source link

About the author : Payee Solutions

Leave A Comment