About the author : Payee Solutions

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam akan ditutup selama sehari susulan kes positif COVID-19 melibatkan petugas di pusat tersebut, lapor Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) .

Menurut badan itu, pusat berkenaan akan ditutup pada 13 Julai ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi di lokasi berkenaan.

“Janji temu yang telah diberikan pada hari tersebut akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan secepat mungkin,” tulis badan itu.

Susulan itu, CITF menyarankan penerima vaksin pada 29 Jun sehingga 12 Julai untuk membuat penilaian kendiri serta menjalani ujian saringan COVID-19 jika mempunyai gejala.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 03-88934303.

Sumber: JKJAVMY




Source link

About the author : Payee Solutions

Leave A Comment