About the author : Payee Solutions


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Dengan suntikan vaksin COVID-19 yang perlahan, kerajaan Amerika Syarikat tidak mempunyai banyak pilihan dan terpaksa menggunakan segala kelebihan yang mereka ada untuk melawan stigma masyarakat yang takut untuk keluar bagi menerima suntikan vaksin COVID-19.

Terbaharu, Washington telah mengumumkan langkah drastik dengan mewujudkan insentif bagi mereka yang sudah mendapatkan vaksin COVID-19, iaitu ganja percuma. Kempen yang diberi nama ‘Joints for Jab’ ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Lembaga Minuman keras dan Ganja negeri (LCB) dalam satu kenyataaan pada hari Isnin berkata bahawa mereka membenarkan semua peruncit untuk mengambil bahagian dalam promosi ‘Joints for Jab’, di mana sesiapa sahaja yang sudah mendapatkan suntikan vaksin di klinik sekitar negeri Washington dapat menebus ganja percuma.

Promosi yang akan berlangsung selama 12 Julai ini hanya membenarkan pemberian percuma ganja dan bukannya melibatkan sebarang makanan yang dicampur dengan ganja. Selain itu, ini merupakan langkah kedua LCB untuk mempromosikan vaksin COVID-19 setelah pemberian minuman berakhohol percuma bulan lalu.

Usaha kreatif pemberian ganja percuma ini hadir ditengah-tengah krisis di mana suntikan vaksin di AS semakin perlahan dan wujud golongan-golongan yang takut serta tidak percaya dengan keberkesanan vaksin COVID-19.

Selain daripada pemberian ganja percuma, difahamkan negeri-negeri lain di sekitar AS turut menawarkan hadiah loteri bagi mempromosikan suntikan vaksin. Washington, Maryland dan Ohio adalah antara negeri yang menawarkan hadiah loteri sebanyak USD$ 250,000 untuk dimenangi.

Untuk rekod, suntik vaksin dapat percuma ganja bukanlah kali pertama di lakukan di AS. Beberapa bulan lalu, sebuah kedai ganja di Arizona bertindak melakukan promosi kreatif ‘Snax for Vaxx’. Mereka difahamkan telah memberi ganja percuma kepada pelanggan yang berjaya mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Untuk rekod, 51.1 peratus penduduk Washington telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, lapor Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). Berbanding dengan 51.6 peratus daripada jumlah penduduk AS yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, jauh dari misi Presiden Joe Biden yang mensasarkan 70 peratus penduduk menerima suntikan dos pertama sebelum 4 Julai.

Rata-rata jumlah mereka yang menerima suntikan vaksin di seluruh negara telah menurun secara mendadak dalam beberapa minggu terakhir, menurut CDC, dari rata-rata 3.3 juta suntikan pada pertengahan April hingga kurang dari satu juta minggu lalu.

Biden minggu lalu telah mendorong semua rakyat Amerika untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Beliau juga telah mengumumkan inisiatif baru termasuk menawarkan perkhidmatan penjagaan anak buat ibu bapa dan perkhidimatan percuma Uber dan Lyft ke tempat temu janji suntikan vaksin COVID-19.

PBB keluarkan ganja daripada senarai dadah merbahaya, kini dianggap sebagai tanaman ubat. Klik pautan di bawah untuk membaca.

PBB Keluarkan Ganja Daripada Senarai Dadah Merbahaya, Kini Dianggap Sebagai Tanaman Ubat

Ini Jawapan Tenang Peniaga Selepas Rakan Kantoi Layan Ganja Ketika Sedang ‘Live’

Rakyat Belanda Panik, Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar ‘Lockdown’




Source link

About the author : Payee Solutions

Leave A Comment