About the author : Payee Solutions


Tahukah anda, terdapat undang-undang syariah bagi ‘orang ketiga dalam perkahwinan’ atau ‘gangguan pihak ketiga’ di mana kita boleh membuat aduan sekiranya menjadi mangsa.

Kesalahan tersebut diletak di bawah ENAKMEN 11 TAHUN 2013 – ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013 (BAHAGIAN V – KESALAHAN PELBAGAI).

Ia menyebutkan bahawa:

Mana-mana orang yang mengganggu rumah tangga orang lain dengan apa-apa cara dan mempengaruhinya supaya mengabaikan tanggungjawab rumah tangga sedia ada melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan lelaki atau perempuan itu supaya kembali kepada isteri atau suaminya.

Mungkin ramai lagi yang tak tahu tentang akta tersebut.

Jadi, ingin dijelaskan di sini, jika ada orang ketiga yang cuba mengganggu rumah tangga anda, sebagai suami / isteri / adik beradik / kawan / kawan sekerja / jiran/ kenalan, anda perlu segera pergi ke mahkamah dan maklumkan hal ini.




Source link

About the author : Payee Solutions

Leave A Comment