About the author : Payee Solutions

Langkah diambil Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk tidak lagi melibatkan Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bercanggah dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Di Twitter, Noor Hisham memberi respons kepada Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mempersoalkan penutupan pusat pemberian vaksin (PPV) baru-baru ini dan menghentikan janji temu vaksin di 741 klinik swasta.

“Bertentangan dengan cadangan saya untuk meningkatkan penyertaan GP di negara ini di bawah PHCorp.

“Saya telah mengunjungi pengamal GP sendiri dan gembira dengan kemajuan yang dicapai,” kata Noor Hisham.

Chales menerusi Twitter berkata: “Apa motifnya: @DGHisham? Menghentikan janji temu janji di 741 GP & menutup PPV yang sangat diperlukan sewenang-wenangnya di Lembah Klang.

“Adakah kita menghadapi kekurangan vaksin? Atau hanya kegagalan perancangan biasa. @ IsmailSabri60,” kata Charles.

Charles juga mengucapkan terima kasih kepada Noor Hisham atas respons berkenaan, walaupun menyatakan ia adalah situasi yang aneh memandangkan status PHCorp sebagai entiti milik Kementerian Kesihatan yang menghubungkan penglibatan sektor swasta dalam PICK.

“Apakah ada cara untuk mendapatkan lebih banyak doktor untuk memberi vaksin dan menarik balik penamatan operasi PPV di Lembah Klang pada 23hb. Vaksinasi harus dipertingkat” tambahnya.

Pada 19 Ogos, CITF mengarahkan kerajaan Selangor dan pihak berkepentingan lain menutup sejumlah PPV pada bulan ini dan seterusnya.

Ia menjelaskan langkah itu adalah untuk “mengoptimumkan sumber daya sesuai dengan peningkatan vaksinasi di Selangor yang telah mencapai lebih 90 peratus dan dijangka akan selesai dalam waktu dekat”.

Mosti belum memberi respons kepada permintaan untuk memberikan komen mengenai penutupan PPV atau pengecualian doktor swasta dari PICK.


Source link

About the author : Payee Solutions

Leave A Comment