About the author : Payee Solutions


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Mulai menyerang dunia akhir 2019, nampaknya wabak COVID-19 yang diklasifikasikan sebagai pandemik ini seolah tidak mempunyai jalan penamat setakat ini.

Menerusi laporan terbaru, Korea Selatan telah mengesan dua kes melibatkan varian terbaru COVID-19 yang dilabel sebagai Delta Plus. Laporan tersebut dibuat setelah Korea Selatan kini sedang berperang dalam gelombang keempat COVID-19.

Korea_1629029077-e1599198197455

Sumber: pharmaceutical technology

Delta Plus yang bermutasi daripada varian Delta ini dilaporkan mulai dikesan di India. Varian ini kemudiannya turut ditemui di beberapa negara lain di Britain dan Portugal.

Kes pertama yang direkodkan ini di Korea Selatan ini telah dikesan pada lelaki berumur 40-an yang tidak mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh terdekat. Dalam pada itu, kes tersebut masih lagi dalam siasatan setakat ini.

Berdasarkan ujian pengesanan COVID-19 yang diuji pada 280 individu yang menjadi kontrak rapat lelaki berkenaan, dilaporkan cuma seorang individu yang disahkan positif iaitu anak beliau sendiri. Walau bagaimanapun, kajian daripada para saintis yang mengatakan varian Delta Plus lebih mudah tersebar nyata membuatkan orang panik.

Image: SKOREA-HEALTH-VIRUS

Sumber: NBC News

Setakat ini, Korea Selatan sudah berjaya menawarkan vaksin kepada 20 juta merangkumi 39% individu yang sudah menerima dos pertama manakala sebanyak 14.1 individu telah menerima dos kedua. Negara ini berhasrat untuk menawarkan kadar vaksin yang tinggi dalam usaha mencapai 36 juta penduduk menerima vaksin menjelang bulan September.

Sebelum ini WHO telah memberi amaran mengenai kehadiran varian baharu COVID-19 yang lebih merbahaya dijangka menular.

WHO Beri Amaran Varian Baharu COVID-19 Yang Lebih Merbahaya Dijangka Menular

Mahu Tingkatkan Antibodi Melawan Varian Beta, Pfizer-BioNTech Mohon Kelulusan Bagi Suntikan Ketiga

COVID-19 Jadi ‘Lubuk’ Kaut Untung, Syarikat Pembuat Vaksin Naikkan Harga Sehingga 25 Peratus




Source link

About the author : Payee Solutions

Leave A Comment