About the author : Payee Solutions

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mahu kerajaan menangguhkan kelonggaran bagi individu yang diberi vaksin yang berkuat kuasa hari ini.

Presiden MMA, Dr Subramaniam Muniandy berkata kelonggaran berkenaan sepatutnya hanya diberikan apabila kes Covid-19 berkurang dengan ketara.

Dia mempersoalkan keputusan kerajaaan memberikan beberapa kelonggaran seperti membenarkan pasangan jarak jauh melakukan perjalanan rentas negeri.

Subramaniam berkata, petunjuk paling penting adalah keadaan penggunaan katil di hospital dan keadaan unit rawatan rapi (ICU).

“Melihat ke depan, kami berharap kerajaan memberikan kemas kini mengenai kadar positif dan status penggunaan katil dan ICU di setiap negeri kerana ini akan menjadi petunjuk yang lebih bermakna selain daripada kes-kes baru setiap hari.

“Penting agar orang ramai diberitahu mengenai kapasiti katil dan status ICU di negeri masing-masing,” tambahnya.

Subramaniam mengakui bahawa dengan peningkatan kadar vaksinasi, jumlah kes yang serius mungkin akan menurun pada penghujung bulan.

Dia menambah kelonggaran sekatan juga mesti mengambil kira kumpulan berisiko tinggi.

“Sebarang pembatalan larangan juga mesti mengambil kira kumpulan berisiko tinggi seperti rumah penjagaan, pekerja kilang dan pembinaan, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan, pelajar perubatan, dan pekerja asing tanpa dokumen yang belum diberi vaksin,” katanya.

Mulai hari ini, kerajaan membenarkan aktiviti solat di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Ibu bapa yang diberi vaksin sepenuhnya juga dibenarkan merentas negeri untuk bertemu anak-anak mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

Malah, individu dari luar negara yang diberi vaksin sepenuhnya boleh menjalani kuarantin di rumah setelah tiba ke negara ini.

Mereka yang berada diegeri-negeri di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara dan fasa seterusnya juga dibenarkan makan di restoran dan melakukan perjalanan rentas daerah.


Source link

About the author : Payee Solutions

Leave A Comment