About the author : Payee Solutions


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Kali pertama aku terdetik mahu tulis mengenai isu panas ini sebab kes ini ramai yang pertahankan Caprice. Buat sesiapa yang tidak tahu cerita sebenar dan tidak faham apa yang berlaku di antara Caprice dan Ustaz Ebit Lew boleh baca di sini.

Keseluruhan cerita yang sudah diringkaskan.

Watak dalam cerita ni:

  1. Redhow
  2. Ustaz Ebit Lew
  3. Caprice
  4. Arif pembantu Ustaz Ebit Lew.

Redhow ini pelajar Mesir. Dia buat Live dengan Arif. Banyak tersebar video Live dia dengan Arif. Siapa yang tak pernah tengok sampai habis mesti akan kata dua orang ini keras kepala dan sombong.

Redhow dan Arif terangkan apa yang berlaku di sana. Sebab Caprice ada rasa tidak berpuas hati.

Caprice masa mula-mula sampai di Mesir terus mesej Ustaz Ebit Liew ajak masuk ke Gaza sekali sebab masa itu Ustaz Ebit Lew tak masuk ke sana lagi. Ustaz Ebit Lew dan pasukannya sudah 34 hari di Mesir. Selepas itu baru dapat masuk Gaza selepas 3 minggu hantar nama dengan bantuan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Tunku Mahkota Johor dan Kerajaan Mesir.

Caprice sampai mesir selepas Ustaz Ebit Lew dan pasukannya dah hantar nama untuk masuk ke Gaza. Caprice terasa hati sebab Ustaz Ebit Lew tak masuk sekali ke Gaza dengan dia. Jadi sebab itu dia kata macam-macam kepada Ustaz Ebit Lew.

Dia kata Ustaz Ebit Lew melutut sembah menteri Mesir untuk masuk sedangkan Ustaz Ebit Lew tak buat pun begitu. Dia juga ada hubungi Nadir, NGO lama bantuan Gaza untuk bantu dia. Nadir pula ada terasa hati dengan Ustaz Ebit Lew sebab hadir ke Mesir nak masuk ke Palestin tak jumpa dia dulu.

Ustaz Ebit Lew masuk sendiri ke Palestin sebab Nadir pernah kata kepada Ustaz Ebit Lew, “Hanya wali sahaja yang boleh masuk ke Gaza,” sambil gelak dan sindir Ustaz Ebit Lew dalam Live. Ustaz Ebit Lew terasa hati. Disebabkan itu Ustaz Ebit Lew tak jumpa atau hubungi Nadir malah cari jalan lain untuk masuk ke Gaza.

Redhow pula ajak Caprice jumpa untuk berbincang sebab Redhow ada hubungan dengan pasukan Ustaz Ebit Lew. Caprice jumpa dan terus nak pukul Redhow dan kawannya. Caprice kata kepada Redhow dia bukan calang-calang orang dan bukan orang biasa. Dia kata sebelum dia masuk Gaza lagi sijil dah siap atas nama dia.

Kemudian, Caprice tunjuk gambar kepada Redhow kata orang Gaza ada rasa tidak senang hati dengan Ustaz Ebit Lew ambik gambar dari dua sudut masa bagi bantuan. Dia kata orang Palestin marah dekat Ustaz Ebit Lew. Arif pula tunjuk bukti yang tak ada pun orang marah dekat Ustaz Ebit Lew dan orang Palestin sendiri tak tahu serta tak kenal siapa Ustaz Ebit Lew. Ustaz Ebit Lew dapat sijil tertinggi bantuan Gaza. Menteri sendiri ucap takziah kepada ayah Ustaz Ebit Lew yang sedang sakit.

Selepas itu, Caprice maki hamun Redhow. Sebut kata-kata makian dekat Redhow dan Ustaz Ebit Lew selepas Redhow kata “U nak beri bantuan ke nak dapat nama?” Redhow terkejut sebab dalam Live bukan main alim lagi Caprice. Tapi di luar memang perangai di luar sangkaan.

Pasukan Caprice minta maaf pada Redhow. Perjumpaan Caprice dengan Redhow tidak dirakam sebab awal-awal Caprice dah ambik telefon Redhow dan kawan-kawannya masa di awal-awal perjumpaan.

Secara asasnya, Caprice rasa diri dia besar, ada hubungan dengan orang-orang kenamaan dan semua orang mesti ikut cakap dia. Dia boleh pergi mana-mana dia suka tapi malu sebab hanya pasukan Ustaz Ebit Lew sahaja yang dibenarkan masuk ke Gaza. Dia nak sijil macam Ustaz Ebit Lew tetapi tak dapat sebab dia tak dibenarkan masuk ke Gaza. Dia juga nak dapat layanan pegawai pengiring seperti tentera dan kereta kebal macam Ustaz Ebit Lew dapat.

Kali pertama aku terdetik nk tulis pasal benda panas sebab kes ni ramai lagi gi backup Caprice. Buat sape yang xtau…

Posted by Hafiz Rahim on Friday, July 16, 2021

Setakat ini, tiada orang luar yang boleh masuk Gaza kecuali Ustaz Ebit Lew dan pasukannya. Caprice rasa tak puas hati dan reka macam-macam cerita yang menfitnah Ustaz Ebit Lew. Pembantu Ustaz Ebit Lew, Arif tahu cerita sebenar sebab dia rapat dengan Ustaz Ebit Lew. Dia tahu setiap gerak-geri Ustaz Ebit Lew dan tindak tanduk Ustaz Ebit Lew yang telah disalah tafsir oleh seorang yang berpengaruh di laman sosial.

Arif cerita yang dia tengok Ustaz Ebit Lew menangis dalam keadaan kecewa bila dia tahu Caprice yang amat baik dengan Ustaz Ebit Lew tiba-tiba tikam belakang Ustaz Ebit Lew. Arif juga tengok yang Ustaz Ebit Lew dalam keadaan sedih apabila Nadir sindir Ustaz Ebit Lew, “Hanya wali sahaja yang boleh masuk ke Gaza.”

Sebenarnya, banyak lagi cerita Caprice yang Arif dan Redhow tak mahu cerita sebab dengan niat mahu menjaga aib Caprice. Sekiranya Live Caprice pada 21 haribulan ini ada kaitan dengan kes ini, mereka sendiri akan buka cerita sebenar.

Isu kena ‘block’ di Instagram, pembantu peribadi Ebit Lew jawab sindiri serta tohmahan yang dibuat Caprice. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Isu Kena ‘Block’ Di Instagram, Pembantu Peribadi Ebit Lew Jawab Sindiran Serta Tohmahan Yang Dibuat Caprice




Source link

About the author : Payee Solutions

Leave A Comment