About the author : Payee Solutions


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Siasatan pihak polis Jerman mendapati seorang jururawat dari jabatan kesihatan telah menyuntik ribuan orang dengan air garam. Pihak berkuasa kini bakal memangil semula mereka yang telah menjadi ‘korban’ penipuan akibat daripada tindakan jururawat tersebut. Mereka ini dikatakan telah disuntik dengan larutan garam di pusat vaksinasi di Friesland, sebuah daerah berdekatan dengan pantai Laut Utara.

Business Insider melaporkan pihak berkuasa kini sedang mengesan hampir 9,000 orang yang menjadi ‘korban’ mangsa penipuan jururawat terbabit untuk suntikan semula vaksin. Salah seorang ahli majlis tempatan, Sven Ambrosy berkata bahawa dia terkejut dengan notis suntikan semula yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan tidak menyangka kejadian ini terjadi.

Apa yang dibimbangkan oleh pihak berkuasa sekarang adalah walaupun larutan garam itu tidak merbahaya. Namun kebanyakan mereka yang menjadi mangsa dan telah disuntik dengan larutan garam tersebut datang daripada mereka yang berusia dan berisiko tinggi untuk dijangkiti dengan wabak COVID-19.

Peter Beer, pegawai polis yang bercakap pada sidang media mengatakan bahawa terdapat kecurigaan yang munasabah terhadap kes ini. Bagaimanapun dia menambah bahawa motif disebalik kejadian ini masih belum jelas. Dan kes ini sudah diserahkan kepada unit khas bagi siasatan lebih lanjut.

Pada April lalu, pihak berkuasa telah menggunakan ujian antibodi selepas terdapat dakwaan dari orang ramai bahawa mereka telah diberi dos vaksin yang palsu. Namun pegawai menyatakan bahawa disebabkan vaksinasi itu berlaku beberapa bulan yang lalu, ujian antibodi tidak dapat membantu dakwaan tersebut.

Julai lalu, ribuan orang di India menjadi mangsa penipuan vaksin COVID-19 palsu yang dipercayai berisi air garam. Sejak itu, polis telah menahan doktor dan pegawai perubatan yang disyaki terlibat dalam kes ini. Manakala 12 pusat vaksinasi palsu berhampiran Mumbai, India kini telah diperiksa berikutan dakwaan terbabit.

CNN melaporkan sebanyak 2,500 orang dianggarkan telah menerima vaksin COVID-19 palsu. Pihak bertanggungjawab dianggarkan telah memperoleh keuntungan sekitar USD$ 28,000 dari vaksin palsu.

Polis telah menahan 14 orang kerana disyaki menipu, cuba membunuh, konspirasi jenayah dan tuduhan berat yang lain. Jumlah suspek berkemungkinan meningkat seiring dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis.

Ribuan orang di India disuntik dengan vaksin COVID-19 palsu berisi air garam. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ribuan Orang Di India Disuntik Dengan Vaksin COVID-19 Palsu Berisi Air Garam




Source link

About the author : Payee Solutions

Leave A Comment